Saturday, April 5, 2014

BUAH TEMBIKAI MEMBAWA DOSA???


Buah Tembikai Membawa Dosa



Assalamualaikum...Ikutilah sebuah kisah ringkas ini tetapi memberi ingatan yang amat berguna kepada kita sebagai pedoman agar tidak mudah melatah di atas sesuatu ketentuan yang tidak di jangkakan.


KeRana Marahkan Tembikai

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.h telah membeli sebiji buah tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah buah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."





Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik.

Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga.

Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.

Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu segeralah beliau bertaubat dan redhalah dia dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.


Peringatan Bersama
Mungkin anda pernah dengar kisah ini, tak apa...anggaplah ia sebagai "refresh minda" untuk ingatan bersama. Sama-samalah kita beringat, jika terbeli buah atau sayuran tak elok janganlah marah-marah kerana secara tak langsung kita sebenarnya memarahkan Allah SWT Yang Maha Pencipta... Nauzubillah...Tanpa di sedari kita telah berdosa!




Thursday, April 3, 2014

ReSePi : KeK CoKLaT MoiSt


Assalamualaikum kawan-kawan..hmm..terasa macam mengidam kek cekelat je..febret ni..So, pas godek2 blog cari resepi ni terjumpa la satu resepi yang best dan mudah..siap dengan tutorial dan gambar..Saya kongsi ye ReSePi : KeK CoKLaT MoiSt versi sis Ana..mohon kongsi ye..

Meh tgk apa bahan2nya :

Telor 4 biji.. kalau size besar guna 3 biji je..

1 tin susu cair ideal..

1 sudu teh coklat emulco ( takde pun takpe )

1 sudu teh esen vanilla.. (aku guna satu penutup botol tu)



1 1/2 butter.. ( 250 gram + 125 gram butter)



2 cawan gula kastor.. bkn gula yg korang buat bancuh air tu tau..



1 cawan serbuk koko ( di ayak)



2 cawan tepung gandum ( di ayak.. guna sukatan cwn yg sama)



1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat ( di ayak jugak)



Cara membuatnya :


Masukkan butter dlm periuk.. cairkan.. guna api sederhana..



Kemudian masukkan susu cair.. kacau sebati..



Pastu masukkan gula kastor pulak.. kacau lg..



Masukkan esen vanilla..



Dan masukkan coklat emulco.. kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api.. pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau pun guna je periuk tu pun boleh..



Aku pindahkan dlm bekas lain.. biar nmpk cun sikit.. ekekke...



Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul telor ayam tu guna whisker.. pukul agak2 kembang aje .. takyah nak beriya2 sgt pukulnya.. hehehe..



Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati..



Pastu lak baru masukkan bhn2 yg di ayak td ( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder )..

Masuk sikitt demi sikit... gaul sampai semua adunan sebati.. sherashi bershama.. ecehhh..



Haaa.. dah sebati punnn..



Pastu masukkan adunan ke dalam loyang..


Masuk paras stgh dr loyang je tau sbb kek ni naik tinggi.. sblm tu jgn lupa griss kan loyang dgn butter.. kang melekat kang kek tu kalo loyang tak di griss..



Tutup dgn aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.. tak pun balut je penutup pengukus tu dgn kain..



Kukus kek sampai masak..

Make sure pengukus di panaskan dulu sblm masukkan adunan kek td.. air dlm periuk kukusan pun jgn sikit sgt, kang kering lak sblm kek tu sempat masak.. paham ehh..



Hasil kek yg dah siap di masak.. kek 1 malaysia tuuu.. ekekkeke..

Bahan2 coklat ganache :
~ 300 gram dark coklat/coklat masakan
~ 150 ml whipping cream
~ 1 sudu besar butter



Cairkan coklat guna kaedah double boiler.. pastu masukkan butter.. kacau sampai larut..



Pastu baru tuang whipping cream..



siapppp.. dah boleh tuang atas kek..



Aku letak kek atas redai mcm gmbr di atas.. pastu baru tuang coklat ganache..pastu baru pindahkan atas cake board td..




Sedapnye...Jom p buat kek..hehe

GAMBAR ANAK ERRA FAZIRA--TENGKU ALEESYA

Assalamualaikum...gambar anak artis lagi..kali ni anak Erra Fazira pulak - Tengku Aleesya telah pun mencapai umur 4 tahun. Comel macam ibu dia..Terbaru menerusi laman Instagram Erra, beliau telah memuatnaik beberapa gambar terbaru Tengku Aleesya yang kini dilihat semakin suka berfesyen...wahh kalah ibu dia nanti ni...










Semoga Tengku Aleesya yang cumil ni menjadi anak yang solehah..

GAMBAR ANAK TOMOK-ARRIAN

Assalamualaikum semua..saya nak kongsi gambar tapi bukan gambar artis..gambar anak artis.Siapa? semestinya Arrian yang cumil sgt2..anak si Tomok..Jom layan































Daisypath Anniversary tickers