Kepada yang belum tahu, Shila Amzah mula menyertai ‘I Am Singer’ pada minggu ketujuh dimana Shila telah mendendangkan lagu ‘Xiang Ni De Ye’ yang bermaksud ‘Dikala Malam, Ku Merinduimu’ di mana lagu tersebut telah melonjakkan nama Shila di persada antarabangsa. Begitu hebat impak nyanyian Shila kerana mendapat tempat kedua sejurus Shila menyertai ‘I Am Singer’. Daripada riak wajah penonton juga, jelas terpancar keterujaan mereka terhadap kelunakan suara Shila Amzah.
Ternyata Shila tidak menghampakan peminatnya kerana beliau berjaya mara ke minggu akhir. Kepada peminat Shila atau lebih dikenali sebagai ‘Shilalas’, mari kita sama-sama tunggu apa kejutan yang bakal Shila lakukan pada minggu akhir pada Jumaat ini. Shila akan berentap bersama dengan 7 lagi peserta seperti G.E.M. (Hong Kong), Han Lei (China), Gary Chaw (Malaysia), Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China). Kata Shila:-
Saya telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk persembahan saya pada malam final nanti. Kami di sini diberi arahan untuk bersedia dengan 2 buah lagu di mana pusingan pertama saya akan berduet bersama salah seorang penyanyi luar, dan jika rezeki berpihak kepada saya dan berjaya mendapat tempat 5 tertinggi, saya akan mara ke pusingan kedua di mana saya akan menyanyi solo dan dari situ, hanya undian daripada peminat yang akan menentukan sama ada saya berjaya merangkul sebagai juara atau tidak. Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya untuk malam final nanti, dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong saya sejak saya bergelar sebagai seorang penyanyi.

0 comments:
Post a Comment