11 Kebaikan Jogging Yang Wajib Anda Tahu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, disamping menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan gaya hidup sihat..saya akan kongsikan dengan anda semua satu aktiviti mudah untuk mengeluarkan peluh dan mengekalkan kesihatan anda (of koz utk kelangsingan juga)..dannnn...tanpa mengeluarkan duit yang banyak..
Selain aktiviti berjalan, jogging merupakan aktiviti riadah yang mudah dan ringkas. Sukan jogging tidak memerlukan penggunaan alat-alat sukan kompleks dan mahal. Cukup sekadar kasut dan berpakaian (menutup aurat, of koz) yang bersesuaian, anda sudah siap sedia untuk berjogging.
Walaupun sukan jogging ini hanya sekadar berlari, namun kebaikannya terlalu banyak kepada para penggemarnya. Oleh itu, saya "kutip" dan senaraikan 11 kebaikan yang bakal diperolehi oleh pelari. Antara kebaikannya ialah:
1. Jantung
Jogging merupakan salah satu cara yang efektif untuk menggalakkan otot jantung anda "bekerja". Dengan jogging secara kerap, aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih bagus dan secara tidak langsung merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok.
2. Berat Badan
Bagi yang nak jaga badan tu, jogging adalah satu cara yang sangat bagus. Secara puratanya, jika anda jogging selama 1 jam, sebanyak 1000 kalori akan dibakar. Dalam bahasa mudahnya, untuk kurus kalori perlu dibakar. Untuk membakar kalori lebih banyak perlu jogging lebih lama atau lebih pantas.
3. Osteoporosis
Jika anda jogging secara tetap, anda sebenarnya sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Dalam masa yang sama, tulang akan dirangsang untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah dimamah usia.
4. Mental
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu jogging juga mampu untuk mengurangkan simptom kemurungan.
5. Tidur
Jogging juga mampu membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lebih lena pada waktu malam. Bagus untuk pengidap imsonia..
6. Tekanan
Jogging meningkatkan keupayaan anda untuk menangani tekanan dengan lebih teratur. Untuk kesan berganda, pilihlah tempat yang tenang seperti di taman-taman, tepi tasik dan tempat-tempat menarik untuk melakukan aktiviti ini..So, mood kita akan lebih tenang dengan pemandangan yang mendamaikan.
7. Rasa Bahagia
Jogging mampu merangsang otak untuk merembeskan hormon endorfin. Hormon ni diberi nama jolokan hormon kebahagiaan. Di kalangan pelari, simptom bahagia ini dipanggil sebagai "Runner's High".
8. Kerungsingan
Secara umumnya, mereka yang kerap jogging mempunyai tahap kerungsingan yang lebih rendah berbanding mereka yang jarang atau tidak jogging. Satu kajian menunjukkan jogging yang kerap mengurangkan aktiviti reseptor serotonin yang berfungsi mengawal mood.
9. Sistem Imunisasi
Jika anda seorang yang kerap jogging, anda akan mendapati anda jarang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Ini menunjukkan sistem imunisasi anda adalah kuat.
10. Otak
Semasa jogging, darah yang kaya dengan oksigen akan mengalir di dalam otak. Ini menyebabkan otak mendapat bekalan oksigen dan nutrien lain yang mencukupi. Secara tidak langsung, anda akan menjadi lebih produktif.
11. Kulit
Jogging akan merangsang pengaliran darah di dalam badan. Oleh itu pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung menjadikan kulit menjadi lebih mulus.
Perlu diingatkan jika anda nak melihat keefektifannya, aktiviti jogging perlu dilakukan secara konsisten atau istiqomah. Jika tidak tubuh badan anda susah untuk di"program"kan mengikut apa yang anda nak. Hah apa lagi? Pegi ambik kasut tu petang ni jugak kita jogging!
Jom jogging!
0 comments:
Post a Comment