Thursday, April 3, 2014

CIRI-CIRI SUAMI IDAMAN PARA ISTERI


JADILAH SUAMI IDAMAN ISTERI TERCINTA


Tatkala seorang perempuan diperintahkan agar mentaati suaminya, serta berbuat baik padanya, mencari keredhaannya, dan mempergaulinya dengan cara yang bagus, maka seeorang suami juga di tuntut untuk melakukan hal yang sama kepada istrinya, bersikap yang lemah dan lembut padanya, sabar atas sifat buruk yang sudah menjadi wataknya..dan berupaya mengubah yang buruk kepada yang lebih baik. Dan yang tidak boleh dilupakan adalah menunaikan kewajipan kepada isteri anda iaitu memberi nafkah, pakaian dan tempat tinggal, serta mempergaulinya dengan cara yang bagus.

Mempergaulinya dengan cara yang ma'ruf
Para suami harus melayan isteri dengan sebaiknya terutama dalam hubungan cinta. Suami tidak seharusnya memperlakukan isteri dengan kasar dan rakus..seharusnya disertai kelembutan dan kasih sayang. Hal ini telah diterangkan berdasarkan firman Allah Ta'ala:

"Dan bergaullah dengan mereka secara ma'ruf". (QS an-Nisaa': 19).
Demikian juga firmanNya yang lain:
"Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf". (QS al-Baqarah: 228).

Memberi sepenuh perhatian kepada isteri. 
Seorang suami muslim harus memberi perhatian dan penuh perasaan terhadap isterinya. Isteri Anda pasti mengalami dan menghadapi bermacam-macam perubahan baik secara fizikal dan psikologi terutamanya ketika sedang mengandung. Pada saat-saat seperti itu, isteri Anda sangat memerlukan belaian mesra dan perhatian anda, agar dapat mengurangkan kesusahan dan kesedihan yang sedang dialaminya, serta menenangkan perasaannya yang mudah tersentuh. So, sesekali buatlah kejutan kepada isteri anda seperti menghadiahkan bunga atau apa-apa yang menjadi kesukaannya..percayalah si dia pasti gembira.

Selalu menunjukkan rasa hormat kepada keluarga dan teman Isteri
Jangan terlalu ego atau menunjukkan rasa kurang senang anda kepada temannya walaupun hakikatnya anda tidak berapa senang dengan temannya..sekiranya anda merasakan teman isteri anda tidak elok nasihatilah isteri sebaiknya. 

Memberi didikan agama secukupnya kepada isteri.
Sebagai ketua keluarga, anda wajib memberi didikan kepada isteri terutama dalam ilmu agama. ini akan menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Usahakan untuk mendidik isteri Anda tentang islam dan berilah isteri Anda nasihat-nasihat yang baik tidak kira dari segi pergaulan atau pemakaian dll. Anda boleh melakukan aktiviti ini sewaktu seusai solat..dan waktu santai bersama keluarga..Ingat, jangan anda tegur isteri dengan kekerasan terutama ketika di hadapan anak-anak..gunalah kata-kata yang lembut tapi penuh pengisian. 

Cemburu yang sewajarnya.
Suami boleh cemburu..ini menunjukkan yang anda benar-benar sayang akan isteri anda. Namun.. Cemburu itu perlu yang sewajarnya dan tidak terlampau. Anda perlu Bersabar dan berlaku lembutlah kepada istri Anda. Kendalikan amarah Anda dan buatlah sang istri untuk menghilangkan keragu-raguannya terhadap Anda, dan nasihatilah dia ketika melakukan suatu kesalahan dengan baik.

Sentiasa memaafi kesalahan isteri
Perempuan sememangnya seorang yang manja terutama dengan sang suami sehinggakan kadang-kadang terlebih-lebih. Kadang-kadang hal yang kecil pun akan dianggap besar sehingga membawa pergaduhan. oleh itu, suami perlu tahu sikap isteri dan sekiranya anda kurang senang dengan sikap isteri yang terlalu mengada-ngada, Jadilah pema’af dan tegurlah isteri Anda dengan cara yang baik dan sampaikan pada saat yang benar-benar tepat. Sebaiknya suami isteri perlu saling maaf memaafi..amalan ini boleh dilakukan sebelum tidur. Insya Allah hubungan akan sentiasa mendapat keberkatan dan kebahagiaan.

Saat ketiadaan anda di rumah.
 Sebelum anda meninggalkan isteri atas tuntutan kerja, maka ucapkanlah selamat tinggal dengan penuh rasa sayang, bekalkan isteri Anda dengan semua keperluan sehari-hari dan wang secukupnya, mintalah isteri Anda untuk mendoakan Anda. Sepanjang ketiadaan anda, jangan terus senyap..sering-seringlah untuk menghubungi isteri Anda. Jangan lupa untuk meminta pertolongan kepada orang yang Anda percayai untuk menjaga keluarga Anda selama Anda tiada. Anda boleh membeli hadiah atau ole-ole kepada isteri selepas pulang ke rumah.Hindari untuk pulang pada malam hari atau pada saat-saat yang tidak diharapkan.

Kewangan Keluarga.
Sememangnya menjadi tanggungjawab anda sebagai suami untuk menyediakan nafkah kepada isteri. Oleh itu, anda perlu menjaga urusan kewangan dengan sebaiknya..Ingat..jangan terlalu kedekut dan terlalu boros dalam berbelanja..sewajarnya amalkan kesederhanaan.Kewangan yang baik akan sangat berguna untuk memelihara kestabilan perkahwinan Anda.

Selain itu, sang suami perlu menjaga kerahsiaan perkahwinan Anda. jangan sewenang-wenangnya menceritakan masalah keluarga kepada pihak lain terutama keburukan dan kelemahan isteri.

Akhir sekali, Jadilah seorang suami muslim yang sejati, dan sentiasa menambah pengetahuan tentang ilmu kekeluargaan dan islam..terapkan ilmu itu dalam diri anda dan keluarga. Insya Allah, hubungan pasti akan ke Jannah


0 comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers