Wednesday, April 2, 2014
RAHSIA MELEMBUTKAN DAN MELICINKAN KULIT MUKA
Posted by
Unknown
at
5:01 AM
Melembutkan Kulit Muka Cara Mudah.
Hai semua...hari ni sy nk share dengan semua mcm mana nk dapatkan muka yang lembut dan licin..sy pasti semua gegurl (boboy pn ok je) nak muka yg cun melecun ala-ala artis kan..so cni sy share beberapa petua yg pasti dpt membuatkan impian anda tercapai dan semestinya dgn kos yg sgt2 murah dan mudah.. so apa lagi scroll la bawah ni...
7 Petua Untuk Mendapatkan Kulit Muka Lembut dan Cerah
Petua 1: Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan setiap malam.
Petua 2: Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
Petua 3: Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu. sangat sesuai utk tegangkan kulit dan buang benda asing yg menutupi pori muka.
Petua 4: Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
Petua 5: Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air. kentang dikatakan dapat menghilangkan parut jerawat.
Petua 6: Kisar 5 kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
Petua 7: Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
Selamat mencuba semua..dan jgn lupa utk berdoa semoga usaha kita berjaya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment