Tanda Tanda Awal Kehamilan
Semakan untuk mengenal pasti kehamilan awal. Rujukan khas dari Baby Center. Apa yang telah dan sedang ANDA rasa??
1. KEMBUNG PERUT DAN KERAPKALI RASA LAPAR - juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
2. DERIA BAU LEBIH SENSITIF - sesetengah bau anda akan merasa sedap untuk dihidu, manakala sesetengah bau meloyakan.
3. PENING KEPALA, RASA LOYA DAN MUNTAH - Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung.
4. KERAP MEMBUANG AIR KECIL - Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
5. CEPAT PENAT DAN MERASA TIDAK BERMAYA - Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
6. SAKIT DAN TEGANG BUAH DADA - Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
7. PERUBAHAN PADA WARNA DI SEKELILING PAYUDARA - Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
8. PENDARAHAN IMPLANTASI & SENAK PADA ARI-ARI - Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama
9. SUHU ASAS BADAN TINGGI BERPANJANGAN - Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
10. MISSED PERIOD - Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
11. UJIAN AIR KENCING YANG POSITIF - Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian.
12. BOYOT DALAM MASA 9 BULAN – Kompem dah anda MENGANDUNG..hehe
0 comments:
Post a Comment